Wednesday 11 September 2013

(SHORTFILM) : CAPAL - part 2


...................................................................................................................................................................

CAPAL - part 2

Seperti biasa cikgu Bakar selalu lewat datang ke kelas 5 KASTURI pada setiap pagi Isnin kerana kebiasaanya semua Ketua Panitia mata pelajaran perlu hadir sesi mesyuarat pagi untuk membincangkan tentang menaikkan prestasi pelajar dan juga guru-guru . menjadi rutin Zakuan untuk menimbulkan sedikit huru hara di dalam kelasnya supaya kelasnya kekal menjadi kelas tingkatan 5 yang paling terkenal dengan gelagat pelajarnya yang suka melepak dan melakukan masaalah disiplin . Asri dan Amar cuma duduk disuatu sudut belakang kelasnya dan cuma menjadi pemerhati di dalam kelas mereka . mereka hanya melakukan hal sesama sendiri sahaja tanpa menghiraukan rakan sekelasnya termasuk Zakuan dan lain-lain. Zakuan terus mencari mangsanya seperti Dubuk menunggu habuan di pagi itu , sesiapa sahaja yang lalu dihadapan kelas mereka , akan diterjah dan di usik bagi mereka itu kaum Hawa . jika sekumpulan pelajar lelaki yang lalu di hadapan mereka , hanya jelingan mata sahaja yang bergerak dan mereka cuba berinteraksi melalui mata ke mata . pernah terjadi perselisihan paham antara kelas mereka dan kelas tingkatan 6 atas . sehingga kes mereka terbawa-bawa di luar sekolah . berentap dan beradu tenaga sesama sendiri . Apabila tertangkap oleh guru disiplin , dengan selamber badaknya Zakuan mengatakan " biasa lah cikgu , kami darah muda dan baru saja nak mengelegak ." Oleh kerana Zakuan salah seorang pelajar harapan sekolah dalam bidang akademi dan juga sukan , cikgu disiplin hanya mampu memberi ugutan surat amaran sahaja kepada dia .Namun , Zakuan masih tidak berubah walapun sudah berasur empat musim di sekolahnya itu .


Asri asyik sibuk melukis sebuah potret yang lahir dari seni kreativiti yang sendiri . Bakat imaginasinya yang tinggi itu , mampu mehasilkan seni lukis yang baik dan kemas seperti pelukis profesional dari Francis dan Itali . Tiba-tiba Zakuan terus menarik lukisan tersebut tanpa menghiraukan akan kualiti hasil seni Asri itu terjejas dengan tarikkanya yang ganas ibarat beruang melibas mangsanya untuk dibaham bertubi-tubi ." fuyooo! lupa-lupanya kawan kita sorang ni ada juga bakat terpendam ." teriak Zakuan sehinggakan satu kelas mengalihkan pandagan ke arah Zakuan dan Asri . Asri hanya tunduk dengan mukanya yang merah padam , galak Asri seperti menunggu satu aura luar biasa keluar daripada tubuhnya dan menumbuk wajah Zakuan itu hingga tembus dinding kelas sebelah. Namun imaginasinya itu terhenti apabila Zakuan membawa hasil potret yang dia lakarkan itu ke hadapan kelas dan menampal potret itu ditengah-tengah papan putih kelasnya . Lantas Zakuan mencapai marker merah dan menulis sebesar besarnya dipapan putih tersebut dengan serangkap ayat bertulis " I LOVE U RINA . BUT IM JUST CAN LOVE YOU THROUGH THIS PICTURE ONLY.  SINCERELY  FAT UNGLY GUY ."  Dengan pantas Asri bangun dan terus ke hadapan kelasnya untuk memadam tulisan tersebut . Namun Asri hanya terlambat beberapa saat sahaja , Cikgu Bakar dengan pantas terus meluru masuk kedalam kelasnya yang hanya tinggal 30 minit sahaja itu . Seraya berkata semua ," GOOD MORNING SIR ." " OK good morning " balas cikgu Bakar yang masih tidak lagi duduk di kerusi khasnya . Cikgu Bakar masih lagi tercegat di hadapan kelas dan memandang papan putih dengan tanda tanya . " who are doing this thing? " cikgu Bakar hanya memandang tepat pada Asri kerana Asri lah yang paling hampir dengan papan hitam tersebut . Cikgu Bakar membeliakkan matanya kepada Asri seperti menuduh melulu seakan Asri yang lakukan hal tersebut . " Asri ! you're not supposed to do these things during my absence in class. As your Punishment of doing vandalism on white board ,  you  need to clean up the entire class for today and report your duty before going back from school  , understand !" Asri hanya menganggukkan kepalanya tanda akur dan hormat pada gurunya yang sudah banyak menimbakan ilmu kepada dia . "Clean up the white board now! " dengan terperanjat sawan Asri terus cepat-cepat mengoyakkan hasil seninya itu ibarat mengoyakkan hatinya sendiri walaupun terpaksa .

" Jaga kau Zakuan ." Getus hati Asri yang menyimpan seribu dendam mayanya .Amar tidak dapat melakukan apa-apa .Hanya mampu memaparkan raut wajah simpati kepada sahabat karibnya Asri . Zakuan tidak putus senyum jahatnya daripada tadi . rakan-rakan yang lain berbelah bahagi ke atas kedua-dua pihak itu .


" Kau memberi , aku Menerimanya Zakuan .Tunggu lah suatu hari nanti . Kau akan dapat balasan" bisik hati Asri .

" I LOVE U RINA .
BUT I, JUST CAN LOVE YOU THROUGH THIS PICTURE ONLY.  SINCERELY  FAT UNGLY GUY ."




END PART 2 :,(

- part 1 

No comments:

Post a Comment