Tuesday 1 October 2013

(shortfilm) : CAPAL_part 3 :NEKAD



Capal (part 3) : Nekad

Matahari pagi , tidak sama bahangnya seperti matahari di tengah hari . tetapi ianya tetap satu objek yang sama . Sekolah Menengah kebangsaan Kubang Batu sudah lengang daripada hiruk pikuk pelajar-pelajar kerana hampir kesemuanya sudah pulang kerumah selesai tamat tempoh sesi persekolahan pada hari itu . yang tinggal cuma beberapa pelajar yang masih menunggu ibu bapa mereka di luar pagar dan beberapa orang guru yang tinggal , termasuk lah Asri yang masih sibuk menyapu sampah di ruangan kelas nya demi melaksanakan hukuman yang di beri oleh cikgu Bakar . Dengan cuaca yang panas terik , Asri tetap tabah melaksanakan hukuman itu dengan tekun kerana dia tidak mahu dimarahi oleh cikgu Bakar . Walaupun , perbuatan menconteng papan putih itu bukan dilakukan olehnya , dia tetap tidak membantah dan melawan kerana dia menghormati guru  .

Tidak lama kemudian , selesai sudah kerja Asri . dia terduduk sebentar di kerusi guru untuk melepaskan lelah nya . Asri menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembersihannya sudai selesai dilaksanakan , dalam diam Asri , merenung lukisan potretnya itu seperti mengharapkan sesuatu keluar dari potret tersebut . Itu lah sikapnya yang suka berimaginasi sendiri . Walaupun imaginasinya itu meleret hingga ke Negeri seberang , namun Asri hanya mampu tersenyum dan berkata di dalam hati , " ya , kau berbakat , kau cantik , apa yang aku inginkan semuanya ada pada kau , tapi ... " . " ahhh ! sudah lah , buat apa menunggu bulan jatuh keriba , semuanya hanya sia-sia belaka " . getus Asri . Lalu Asri menggalas beg sekolahnya dan  beberapa buah buku teks hanya di bimbit sahaja , lukisan itu hanya diselitkan di dalam buku teks tersebut kerana dia sudah terlewat untuk berjumpa dengan cikgu Bakar . Asri melangkah pantas kerana tidak mahu lewat pulang ke rumah , kerana isi perutnya asyik berlagu dan bernasyid sahaja daripada tadi . Belum sempat Asri keluar kemuka pintu kelasnya itu , tiba-tiba . Bammm! pelanggaran kecil berlaku . Habis berterabur kesemua buku Asri di kaki lima kelas 5 Kasturi . Pantas Asri tunduk untuk mengutip semula buku-buku nya yang jatuh itu    " maaf-maaf , saya tidak sengaja untuk melanggar awak , sumpah saya tidak perasan pun ada makhluk yang melintas di depan saya ". Kata Asri sambil tunduk dan mengutip semua buku-bukunya itu . "owh , tidak mengapa sepatutnya Rina yang meminta maaf kerana tidak berhati-hati ketika berjalan tadi ." Asri terpaku apabila dia terdengar nama RINA . Asri tertunduk kaku kerana dia tidak percaya , Rina yang menjadi gadis idamannya selama ini sedang berdiri di hadapannya sekarang . Tanpa mendongak ke wajah Rina , Asri kelam kabut mengutip buku teks nya itu dan terus berlalu tanpa berkata apa lagi . Sikapnya yang pemalu langsung memutuskan perbualannya antara dia dan Rina sebentar tadi . "Eh ! awak nak pergi mana tu? " Rina berasa hairan dengan tindak balas mendadak Asri apabila terdengar namanya itu . Rina terpandang sehelai kertas jatuh daripada buku Asri dan cepat-cepat Rina pergi mengutipnya dan berteriak kepada Asri " Awak nanti dulu ! kertas awak tercicir ni ". Tidak sempat Asri menoleh kebelakang dan terus menghilangkan diri dibalik susur gajah hadapan kelasnya itu . Rina mengeluh kerana sebersalah kepada Asri . Rina berbisik " kenapa mamat ni ek , macam jumpa hantu aja .pelik sungguh ". Rina membelek kertas yang dikutipnya itu dengan teliti . "wah ! cantiknya lukisan ini , berbakat juga mamat ni melukis potret ," "tapi siapa Nama dia ye?" Rina terpandang tanda tangan di sebelah lukisan potret itu ." ASRI AHMAD?"




Shortfilm -CAPAL

-part 1
-part 2
-part 3

Sunday 15 September 2013

woigemok! : kuda paling catik di duniam (5 Gambar)_


ini adalah kuda yang paling hensem smart , cute hensem ,cun melecun dan hot Stup! di dunia .kuda ini di jaga dengan penuh perhatian daripada segi kebersihan , kecantikkan kuda , rambut nya ,untuk di pertandingkan didalam kejohanan kuda paling cantik didunia (the most beatiful horse in the world) .kuda -kuda ini juga selalunya membuat persembahan di America pada setiap perarakkan di raja .Queenn of Elizebeth . harga seekor kuda ini mencapat puluhan ribu Dollar  .









thank for watching WOI GEMOK!