Tuesday 1 October 2013

(shortfilm) : CAPAL_part 3 :NEKAD



Capal (part 3) : Nekad

Matahari pagi , tidak sama bahangnya seperti matahari di tengah hari . tetapi ianya tetap satu objek yang sama . Sekolah Menengah kebangsaan Kubang Batu sudah lengang daripada hiruk pikuk pelajar-pelajar kerana hampir kesemuanya sudah pulang kerumah selesai tamat tempoh sesi persekolahan pada hari itu . yang tinggal cuma beberapa pelajar yang masih menunggu ibu bapa mereka di luar pagar dan beberapa orang guru yang tinggal , termasuk lah Asri yang masih sibuk menyapu sampah di ruangan kelas nya demi melaksanakan hukuman yang di beri oleh cikgu Bakar . Dengan cuaca yang panas terik , Asri tetap tabah melaksanakan hukuman itu dengan tekun kerana dia tidak mahu dimarahi oleh cikgu Bakar . Walaupun , perbuatan menconteng papan putih itu bukan dilakukan olehnya , dia tetap tidak membantah dan melawan kerana dia menghormati guru  .

Tidak lama kemudian , selesai sudah kerja Asri . dia terduduk sebentar di kerusi guru untuk melepaskan lelah nya . Asri menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembersihannya sudai selesai dilaksanakan , dalam diam Asri , merenung lukisan potretnya itu seperti mengharapkan sesuatu keluar dari potret tersebut . Itu lah sikapnya yang suka berimaginasi sendiri . Walaupun imaginasinya itu meleret hingga ke Negeri seberang , namun Asri hanya mampu tersenyum dan berkata di dalam hati , " ya , kau berbakat , kau cantik , apa yang aku inginkan semuanya ada pada kau , tapi ... " . " ahhh ! sudah lah , buat apa menunggu bulan jatuh keriba , semuanya hanya sia-sia belaka " . getus Asri . Lalu Asri menggalas beg sekolahnya dan  beberapa buah buku teks hanya di bimbit sahaja , lukisan itu hanya diselitkan di dalam buku teks tersebut kerana dia sudah terlewat untuk berjumpa dengan cikgu Bakar . Asri melangkah pantas kerana tidak mahu lewat pulang ke rumah , kerana isi perutnya asyik berlagu dan bernasyid sahaja daripada tadi . Belum sempat Asri keluar kemuka pintu kelasnya itu , tiba-tiba . Bammm! pelanggaran kecil berlaku . Habis berterabur kesemua buku Asri di kaki lima kelas 5 Kasturi . Pantas Asri tunduk untuk mengutip semula buku-buku nya yang jatuh itu    " maaf-maaf , saya tidak sengaja untuk melanggar awak , sumpah saya tidak perasan pun ada makhluk yang melintas di depan saya ". Kata Asri sambil tunduk dan mengutip semua buku-bukunya itu . "owh , tidak mengapa sepatutnya Rina yang meminta maaf kerana tidak berhati-hati ketika berjalan tadi ." Asri terpaku apabila dia terdengar nama RINA . Asri tertunduk kaku kerana dia tidak percaya , Rina yang menjadi gadis idamannya selama ini sedang berdiri di hadapannya sekarang . Tanpa mendongak ke wajah Rina , Asri kelam kabut mengutip buku teks nya itu dan terus berlalu tanpa berkata apa lagi . Sikapnya yang pemalu langsung memutuskan perbualannya antara dia dan Rina sebentar tadi . "Eh ! awak nak pergi mana tu? " Rina berasa hairan dengan tindak balas mendadak Asri apabila terdengar namanya itu . Rina terpandang sehelai kertas jatuh daripada buku Asri dan cepat-cepat Rina pergi mengutipnya dan berteriak kepada Asri " Awak nanti dulu ! kertas awak tercicir ni ". Tidak sempat Asri menoleh kebelakang dan terus menghilangkan diri dibalik susur gajah hadapan kelasnya itu . Rina mengeluh kerana sebersalah kepada Asri . Rina berbisik " kenapa mamat ni ek , macam jumpa hantu aja .pelik sungguh ". Rina membelek kertas yang dikutipnya itu dengan teliti . "wah ! cantiknya lukisan ini , berbakat juga mamat ni melukis potret ," "tapi siapa Nama dia ye?" Rina terpandang tanda tangan di sebelah lukisan potret itu ." ASRI AHMAD?"




Shortfilm -CAPAL

-part 1
-part 2
-part 3

Sunday 15 September 2013

woigemok! : kuda paling catik di duniam (5 Gambar)_


ini adalah kuda yang paling hensem smart , cute hensem ,cun melecun dan hot Stup! di dunia .kuda ini di jaga dengan penuh perhatian daripada segi kebersihan , kecantikkan kuda , rambut nya ,untuk di pertandingkan didalam kejohanan kuda paling cantik didunia (the most beatiful horse in the world) .kuda -kuda ini juga selalunya membuat persembahan di America pada setiap perarakkan di raja .Queenn of Elizebeth . harga seekor kuda ini mencapat puluhan ribu Dollar  .









thank for watching WOI GEMOK!

Wednesday 11 September 2013

(SHORTFILM) : CAPAL - part 2


...................................................................................................................................................................

CAPAL - part 2

Seperti biasa cikgu Bakar selalu lewat datang ke kelas 5 KASTURI pada setiap pagi Isnin kerana kebiasaanya semua Ketua Panitia mata pelajaran perlu hadir sesi mesyuarat pagi untuk membincangkan tentang menaikkan prestasi pelajar dan juga guru-guru . menjadi rutin Zakuan untuk menimbulkan sedikit huru hara di dalam kelasnya supaya kelasnya kekal menjadi kelas tingkatan 5 yang paling terkenal dengan gelagat pelajarnya yang suka melepak dan melakukan masaalah disiplin . Asri dan Amar cuma duduk disuatu sudut belakang kelasnya dan cuma menjadi pemerhati di dalam kelas mereka . mereka hanya melakukan hal sesama sendiri sahaja tanpa menghiraukan rakan sekelasnya termasuk Zakuan dan lain-lain. Zakuan terus mencari mangsanya seperti Dubuk menunggu habuan di pagi itu , sesiapa sahaja yang lalu dihadapan kelas mereka , akan diterjah dan di usik bagi mereka itu kaum Hawa . jika sekumpulan pelajar lelaki yang lalu di hadapan mereka , hanya jelingan mata sahaja yang bergerak dan mereka cuba berinteraksi melalui mata ke mata . pernah terjadi perselisihan paham antara kelas mereka dan kelas tingkatan 6 atas . sehingga kes mereka terbawa-bawa di luar sekolah . berentap dan beradu tenaga sesama sendiri . Apabila tertangkap oleh guru disiplin , dengan selamber badaknya Zakuan mengatakan " biasa lah cikgu , kami darah muda dan baru saja nak mengelegak ." Oleh kerana Zakuan salah seorang pelajar harapan sekolah dalam bidang akademi dan juga sukan , cikgu disiplin hanya mampu memberi ugutan surat amaran sahaja kepada dia .Namun , Zakuan masih tidak berubah walapun sudah berasur empat musim di sekolahnya itu .


Asri asyik sibuk melukis sebuah potret yang lahir dari seni kreativiti yang sendiri . Bakat imaginasinya yang tinggi itu , mampu mehasilkan seni lukis yang baik dan kemas seperti pelukis profesional dari Francis dan Itali . Tiba-tiba Zakuan terus menarik lukisan tersebut tanpa menghiraukan akan kualiti hasil seni Asri itu terjejas dengan tarikkanya yang ganas ibarat beruang melibas mangsanya untuk dibaham bertubi-tubi ." fuyooo! lupa-lupanya kawan kita sorang ni ada juga bakat terpendam ." teriak Zakuan sehinggakan satu kelas mengalihkan pandagan ke arah Zakuan dan Asri . Asri hanya tunduk dengan mukanya yang merah padam , galak Asri seperti menunggu satu aura luar biasa keluar daripada tubuhnya dan menumbuk wajah Zakuan itu hingga tembus dinding kelas sebelah. Namun imaginasinya itu terhenti apabila Zakuan membawa hasil potret yang dia lakarkan itu ke hadapan kelas dan menampal potret itu ditengah-tengah papan putih kelasnya . Lantas Zakuan mencapai marker merah dan menulis sebesar besarnya dipapan putih tersebut dengan serangkap ayat bertulis " I LOVE U RINA . BUT IM JUST CAN LOVE YOU THROUGH THIS PICTURE ONLY.  SINCERELY  FAT UNGLY GUY ."  Dengan pantas Asri bangun dan terus ke hadapan kelasnya untuk memadam tulisan tersebut . Namun Asri hanya terlambat beberapa saat sahaja , Cikgu Bakar dengan pantas terus meluru masuk kedalam kelasnya yang hanya tinggal 30 minit sahaja itu . Seraya berkata semua ," GOOD MORNING SIR ." " OK good morning " balas cikgu Bakar yang masih tidak lagi duduk di kerusi khasnya . Cikgu Bakar masih lagi tercegat di hadapan kelas dan memandang papan putih dengan tanda tanya . " who are doing this thing? " cikgu Bakar hanya memandang tepat pada Asri kerana Asri lah yang paling hampir dengan papan hitam tersebut . Cikgu Bakar membeliakkan matanya kepada Asri seperti menuduh melulu seakan Asri yang lakukan hal tersebut . " Asri ! you're not supposed to do these things during my absence in class. As your Punishment of doing vandalism on white board ,  you  need to clean up the entire class for today and report your duty before going back from school  , understand !" Asri hanya menganggukkan kepalanya tanda akur dan hormat pada gurunya yang sudah banyak menimbakan ilmu kepada dia . "Clean up the white board now! " dengan terperanjat sawan Asri terus cepat-cepat mengoyakkan hasil seninya itu ibarat mengoyakkan hatinya sendiri walaupun terpaksa .

" Jaga kau Zakuan ." Getus hati Asri yang menyimpan seribu dendam mayanya .Amar tidak dapat melakukan apa-apa .Hanya mampu memaparkan raut wajah simpati kepada sahabat karibnya Asri . Zakuan tidak putus senyum jahatnya daripada tadi . rakan-rakan yang lain berbelah bahagi ke atas kedua-dua pihak itu .


" Kau memberi , aku Menerimanya Zakuan .Tunggu lah suatu hari nanti . Kau akan dapat balasan" bisik hati Asri .

" I LOVE U RINA .
BUT I, JUST CAN LOVE YOU THROUGH THIS PICTURE ONLY.  SINCERELY  FAT UNGLY GUY ."




END PART 2 :,(

- part 1 
                                                                    SEUTUS SURAT

( SHORT FILM )

Maafkan aku jika berita ini mengejutkan kalian semua. Andai kalian ingin marah kepadaku, marahlah.
tapi aku minta, tolong jangan benci aku. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf jika aku terlambat
memberitahu kalian tentang berita ini, aku harap kalian akan sentiasa mendoakan agar kesihatanku
akan terjaga. Terima kasih kerana kalian senantiasa mengambil berat terhadap kesihatanku selama ini....

Segala perit yang aku lalui selama ini adalah kerana aku menghidap kanser otak tahap keempat,
dan aku sedang melalui hari-hari terakhirku. Mungkin hari ini, esok atau lusa aku akan pergi. Aku redha
dan pasrah dengan dugaan yang aku tanggung selama ini. Tapi aku yakin kalian semua pasti akan
memarahi aku kerana tidak memberitahu kalian. Aku tidak mahu kalian semua susahkan diri kalian
untuk menjagaku, aku tidak mahu kalian semua penat melayan kerenah ku ini dan aku tidak mahu kalian
semua sedih di atas kesihatan aku yang merundum sekarang ini.

Tapi kalian jangan risau, hari-hari terakhirku ini akan ku habiskan dengan menulis surat buat kalian
semua. Kesakitanku ini biar aku seorang saja yang menanggunya. Aku tidak mahu menyusahkan kalian
menemani aku disini, aku hanya ingin kalian semua doakan supaya aku ditempatkan di kalangan orang
yang soleh, insyaAllah.






Tuesday 10 September 2013

(SHORTFILM) : CAPAL

Selipar capal bukan selipar biasa. cerita Capal bukan juga cerita biasa.

CAPAL -  (SHORTFILM)
pagi itu , subuh menyelinap diserata awan , memanggil dan menyeru semua ummat Islam yang beriman dan beramal soleh . Tunduk patuh pada Allah Maha Esa .Pagi itu , Asri bergegas selepas menunaikan solat fardhunya terus ke dapur untuk mengambil sarapannya walaupun sesuap nasi goreng buatan air tangan ibunya Rohana . Lantas dia mencapai botol airnya menjadi bekalan anak tekaknya ketika dahaga apabila di Sekolah . Asri tidak lagi memikirkan tentang makanan sesedap itu kerana telah lewat untuk ke Sekolahnya kerana hari ini adalah hari terpenting buatnya .

Pantas saja Asri menyarung kasut converse kesayangan nya itu dan terus berlari kesekolah .Lokasi antara rumahnya dan sekolah tidak lah terlalu jauh.hanya selang 2 barisan blog rumah appartmentnya sahaja . Jika dia menaiki basikal tidak sampai 2minit Asri sempat untuk menghadiri perhimpunan pagi .
Setiba sahaja dia disekolah , terus Asri beratur barisan kelasnya bersama rakan-rakanya yang lain. " woi ! Kenapa kau hari ini lambat sangat sampai ? Nasib baik sahaja kau tidak terlepas persembahan piano dari Rina sebentar saja lagi ." Asri terpaku kerana foucusnya di usik oleh sahabat baiknya Amar . " woi! Asri, kau dengar ke tak apa aku cakap ni . Wanita idaman kau tu dah nak mulakan pwrsembahannya.kang ada yang melepas " perli Amar sambil tersenyum sinis .Asri cuba buat muka selamba reaksi kerna tahan bengang ikoran dari perli pedas dari Amar . " ye aku dengar lah, eh ! Sapa cakap Rina tu  gadis idaman aku?" "Wahai sahabatku Amar , kalau betul pun dia gadis idaman aku, itu cuma angan2 dan mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Yelah , orang macam aku ni mana layak dengan dia , aku tak kaya macam dia , rupa aku pun level-level bangla tepi jalan aja , gemuk lagi ." "Aku cuma minat dengan bakat dia aja.tidak lebih dari tu. "Petah Asri memaku balas terjahan dari sahabatnya Amar itu. " alah, kau tu rendah diri sangat lah pulak .Orang selalu cakap , jangan terlalu merendahkan diri sampai kepala jejak kebumi , nanti Allah tarik.nikmat yang kita ada sekarang tau?" Amar cuba memujuk Asri walapun dia sendiri tidak tahu mana datangnya dialog yang disebutkan tadi.  " Baik lah sahabatku ."


................................................................................................................................................................

" wah ! Rina. Hebat betul persembahan kau tadi . Tak aku sangka orang yang selalu buatkan kerja sekolah aku mempunyai bakat terpendam ." Rina hanya tersenyum dan tersipu malu apabila ditegur kawan rapatnya Linda ."jika tiada bakat sekalipun , jika kau berlatih dengan bersungguh-sungguh kau juga boleh buat  lebik daripada aku ."  Balas Rina . "Eh , Rina . Kau perasan tak mamat yang kau selalu cerita kat aku setiap hari .aku nampak mata dia terbeliak bila tengok persembahan kau. Seakan2 dia tidak percaya apa yang dia sedang saksikan ." Gelak besar Linda sambil bercerita . Rina cuma terdiam dan perasaannya bercampur baur  antara gembira dan kecewa . " Rina , kalau betul kau serius nak cuba pikat hati zakuan tu , aku janji , aku akan tolong dan bantu kau sampai dapat pikat hati si Zakuan tu." " betul ke ni Linda? Kau tak main-mainkan aku ke?" Balas Rina dengan reaksi tidak percaya akan kata-kata kawan rapatnya yang suka bergurau itu .tetapi dengan raut wajah Linda itu , bahawa dia tidak bergurau kali ini dan memaparkan wajah yang betul-betul ikhlas menolongnya. " tapi Linda , cara apa lagi kita nak gunakan sekarang ? " Linda terus tersenyum seperti semua aturan langkah nya sangat berkesan seperti  menjeeat Sang Singa menggunakan Sang Kambing. " KAU TENGOK JEK LAH !"

LINDA!!!!..


END PART 1  :3

...................................................................................................................................................................

Wednesday 4 September 2013

dugaan di tempat kerja.

Assalamualikum.
fuh hari ni , adalah hari pertama aku practicle di sebuah syarikat penapis Udara. Sangat mencabar alam pekerjaan ni . yang paling menduga iman kita ialah , makan tengah hari ..huhuh..patut lah pakcik2 makcik yang bekerja ni semuanya sehat2 belaka..perut kedepan semua..ibarat maju kehadapan..huihuhu..baru saya paham kepenatan bekerja dan memerlukan tenaga yang mencukupi..

SO!..dengan tidak bergitu pantas..saya telah mengambil langkah berjaga2 untuk mengekalkan kondisi nutrien dalam badan saya..supaya tidak terlalu lapar dan makan tak INGAT DUNIA.huhuh..

apa yang saya lakukan ialah.

waktu pagi :
saya ambil product HERBALIFE SHAKE STRAWBERRY sebanyak 300ml sebelum bertolak ke tempat kerja . kalorie setiap kali hidangan cuma 200 klries sahaja..


makan tengah hari :
simple as pimple.huhuhuh..saya cuma makan sedikit nasi , campuran sayur dan juga ikan .kira punya kira .hanya 1200 kalorie setiap kali hidangan..


balek kerja petang :
tanpa mebuang masa , saya cepat2 kedapur untuk dapatkan lagi HERBALIFE SHAKE STRAWBERRY hidangan yang sama .kenapa saya buat bergitu??..supaya nafsu makan saya tidak menguasai diri saya..huhuh...

SO setiap hari saya hanya perlukan sebanyak 1600 kalories untuk terus kekal cergas..! bijak tak saya!?..hahah...walaupun pada permulaanya saya sangat lapar..sebab tak biasa makan sikit.tapi ...bila minum shake lepas balek kerja ..laparnya hanya mengganggu kosentrasi saya sehingga pukul 8 sahaja..kerana nutrien lengkap SHAKE tersebut sudah berjaya mengawal kelaparan saya..hihih... SO semalam saya dah timbang berat saya. ALHAMDULLILAH..turun 1.4KG dalam seminggu.. ada lagi 30KG perlu diturunkan..total left , 30minggu.huhuh..
kayuh pelahan2..huhuhuh..



GUY!.i HOPE U WILL NEVER GIVE UP!


Sunday 1 September 2013

WOI GEMOK : MANCHESTER UNITED kalah ?




teringat pada zaman2 liverpool tengah nak UP..gambar kat atas ni diambil pada tahun 2009.tahun ni lah bermulanya admin menjadi DIE HARD FANS LIVERPOOL.hehe..tapi, admin tak de lah sampai oBses.chill lek sudah.
SO Game semalam memang terbaik ,admin tak sangka Liverpool masih ada sengaaatttt lagi woo.hahaa


 ni result untuk game malam tadi .:)

congrat liverpool.

for manchester united




PADAN MUKA HAHAHAHAHH!
(GELAK JAHAT)
~bukan selalu admin raSict~,

Thursday 29 August 2013

Teknik Pengembaraan Jiwa (astral adventure)

Berjumpa lagi kita di Post yang seterusnya .Assalamualikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca WOI!GEMOK!. jangan ingat orang gemuk takda pengalaman menakjubkan taw?.

OK.kat sini Admin nak berkongsi sedikit tentang Teknik dan juga serba serbi Ilmu tentang pengembaraan jiwa.kalau Orang putih cakap. Astral Projection . pernah tak korang dengar menda alah ni?? rasanya kat Malaysia ni 10% jek yang tahu tentang Astral Projection ni. sebab kita jarang didedahkan dengan aktiviti Paranormal ataupun aktiviti Kerohanian seperti Meditasi , dan sebagainya .

OK.! let take a look inside more.



apa tu pengembaraan Jiwa( Astral Projection) ? astral projection ialah prosess pengembaraan minda separuh sedar dan mengembara keluar atau menjelajah dimana-mana pun tempat yang kita inginkan tanpa bergerak atau menggerakkan tubuh badan anda. ibaratnya . anda di India ,namun badan anda ada dirumah anda .SO paham ??.klau tak paham boleh refer encik Google.com .


Admin mempunyai pelbagai pengalaman dalam aktiviti ini . Dan admin pernah melakukannya dulu sewaktu tingkatan 5 . tu pun Ustaz yang ajar.hehe..kalau tak.memang tak tau lah..hahah..

pelbagai cara dan teknik boleh dipraktikkan bagi setiap individu mengikut keselesaan masing2 .so kita akan beljar cara-cara untuk melakukannya . 

Syarat untuk berjaya melakukannya ialah .
1. mesti tenang dan kosongkan fikiran .
2. makan 1 jam sebelum prosess ini .
3. perlu yakin , dan jangan ada was-was .
4. niat baik .

itu sahaja syaratnya . simplekan? 

cara-caranya .saya akan ringkaskan.

1. ambil posisi yang selesa dan kondisi persekitaran yang tenang.anda boleh baring ,duduk secara tegak ,bersandar ,dan sebagainya ..persikitaran haruslah seperti di bilik tidur , surau , ruang tamu ,
    atau bilik kosong 
2. tutupkan mata anda . 
3. cuba tenangkan fikiran dan hati anda , untuk lebih efektif , anda boleh melakukan teknik penafasan terarah . tarik nafas gunakan hidung perlahan-lahan .dan hembus menggunakan mulut secara perlahan .jika masih tidak dapat tenangkan fikiran .Admin syorkan kamu untuk berzikir didalam hati . apa pun zikir yang anda lafazkan pasti akan menenangkan fikiran anda .
4. anda akan merasakan getaran atau "vibration " body  . jika anda merasai getaran badan ini. bermakna anda berjaya mengawal minda dan badan fizik anda secara serentak .
5. ok.ini paling penting sekali sebelum anda berjaya melakukan nya . tarik nafas dalam-dalam .bayangkan anda menyedut seluruh badan anda .dan apabila anda hembuskan semula nafas .anda harus membayangkan badan anda terbang bersama udara tersebut . anda perlu mengawal minda anda untuk terus FOKUS .
6. jika tidak berjaya , praktikkan cara ini selama seminggu dan lihat hasilnya .dan jangan berputus asa.kerana setiap orang tak sama . cara pemikiran dan sebagainya .itu semua menjadi faktor kenapa anda cepat atau lambat melakukan pengembaraan jiwa ini .


OK ? SO PAHAM? .
jika anda mampu menguasai teknik ini. Maka anda boleh check makwe atau pakwe anda sedang buat apa sekarang.mungkin dia sedang call orang lain .hehehehe....tiada apa yang Mustahil wahai semua . Allah itu lebih Maha Mengetahui .:) 

SELAMAT MENCUBA!

salam alaik .:)

Tuesday 27 August 2013

training schedule saya


Assalamualikum semua dan selamat pagi. So hari ini adalah 28 Ogos. Saya akan mulakan workout saya pada hari ini.

So untuk workout training schedule saya seperti berikut. ;

Pagi lepas bangun tidur.
1.bumping 20x 3set
2 sit up 15x 2 set .

Petang lepas asar
1. Bumping 20 x 3set
2. Sit up 15x 2set
3. Dumbell workout set 30x 3set


Malam sebelum tidur
1. Bumping 20 only 1 set .
2. Sit up 15. 1 set.

Total lost kalories = 2500/per day.

Saya perlu makan setiap hari sebanyak 1200 kalories sahaja . Dan membakar sebanyak 2500 kalories. So every day. Kalories saya berkurang sebanyak 1300 kcal .

Initial weight saya sekarang = 127.8 KG.
Ideal weight target saya = 70.
Total burn = 57KG .

Wow..banyak jugak tu. Who can achieve this target??


I Do
I DO
I WILL DO!

Kenapa Woi ! Gemok ??

Kenapa Admin gunakan WOI GEMOK ! sebagai title blog ni ? .
OK Let Me Explainnnahhh to yaa..

Admin selalu dengar perkataan ni dalam kalangan Masyarakat kita iaitu  WOi ! gemok! 
agak kurang Sopan jugak lah ayat ni .tetapi ini lah yang Admin selalu dengar daripada Mulut2 orang mereka yang bajet dieorg ni kurus sangat lah kan. Agak terasa jugak lah admin .sebab admin pun bukan lah seorang yang kurus. So .

MOTIF .


moTif Admin buat Blog ni .untuk Buktikan kepada mereka-mereka yang bajet kurus kat luar sana tu ,bahawa ORANG GEMUK BUKAN TIADA MASA DEPAN UNTUK MENJADI KURUS ! OK! CHOYYY!. 

HOPE .

TARGET 1
Admin WG berharap anda blogger yang baik budi bahasa dapat memberi sokongan dan dororangan kepada Admin untuk BERUBAH , dan MENGUBAH kepada yang lebih baik .INSYAALLAH .

SO 

apa yang korang akan terima berita daripada Admin Saban hari ialah . WORKOUT STORY PART 1 til PART 10 !.!..YEAHhhaaa...KEep in touch with Me and Learn from The lesson. 

TQ . Acc~

WOI GEMOK!



Assalamualaikum semua rakan2 blogger dan juga rakan2 diluar sana. Admin baru sahaja mendapat Ilham untuk mnceburi bidang Blog ini .SO Admin harap2 sangat supaya korang dapat memberi tunjuk ajar kepada Admin WG (Woi!Gemok) . Jika ada khilaf daripada Penulisan Admin , harap semoga kamu semua memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Admin WG .


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 
1 MALAYSIA BLOGGER !